Kumpulan Pertama Peserta Di Bawah Program Flame ABS Dilancarkan
KUMPULAN PERTAMA PESERTA DI BAWAH PROGRAM FLAME ABS DILANCARKAN
Punca: Bernama.com, 3 Mei 2016
KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) – Sekolah Perbankan Asia (ABS) melancarkan kumpulan pertama seramai 20 peserta di bawah program Peningkatan Pemimpin dan Pengurus Masa Depan (FLAME).

Program tersebut menyasar graduan bermula dalam industri perkhidmatan kewangan.

Para pelatih itu merupakan sebahagian daripada perantis di bawah Program Peningkatan Tenaga Mahir dalam Sektor Kewangan (FSTEP), kata ABS dalam satu kenyataan hari ini.

Program itu bertujuan melengkapkan para graduan dengan pengetahuan teknikal yang perlu serta menyediakan pendedahan kepada pembangunan peribadi dan latihan perantisan pekerjaan.

"Daripada 150 peserta yang membentuk pengambilan Kumpulan 13 FSTEP ketika ini, 20 graduan dipilih bagi program FLAME eksklusif selama 10 hari berdasarkan kepada prestasi mereka dalam kepimpinan, kerjasama, kreativiti, kemahiran komunikasi dan pemikiran analisis.

"Kumpulan terpilih itu menjalani latihan interaktif komprehensif untuk membangunkan kekuatan mereka dalam kepimpinan, kerja berpasukan dan pembangunan peribadi - semua bahagian penting yang perlu untuk membentuk asas kukuh bagi menjadi pemimpin dan pengurus yang efektrif pada masa depan," kata ABS dalam satu kenyataan hari ini.

Pengerusinya Tan Sri Azman Hashim berkata program itu merupakan yang pertama daripada banyak perubahan yang ABS akan laksanakan dan perkenalkan bagi FSTEP.

"Kami berada di peringkat lanjutan menyusun semula kandungan dan menaja model program FSTEP bagi menjadikannya lebih efektif dan sejajar dengan keperluan industri," katanya.
KETERANGAN GAMBAR
Pengerusi Asian Banking School (ABS) Tan Sri Azman Hashim (empat dari kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif ABS Profesor Colyn Gardner (lima dari kanan), Dr Rosnah Mat Zin dari Bank Negara Malaysia (tujuh dari kiri) dan Profesor Datuk Seri Dr Victor Wee dari Taylor's University (tiga dari kanan) bergambar bersama para pelatih Program Peningkatan Tenaga Mahir dalam Sektor Kewangan (FSTEP) selepas majlis penutup yang diadakan di ABS pada 29 April 2016.

Copyright © Asian Banking School (ABS) (201201039737 (1024215-T)). All rights reserved.

 CONNECT WITH US

Ooops!
Generic Popup