search

I WOULD LIKE TO

AB
Asian Banking School dan OCBC Bank Ganding Bahu Tingkatkan Piawaian Profesional Bidang Pengurusan Kekayaan
SHARE
Asian Banking School dan OCBC Bank Ganding Bahu Tingkatkan Piawaian Profesional Bidang Pengurusan Kekayaan
ASIAN BANKING SCHOOL DAN OCBC BANK GANDING BAHU TINGKATKAN PIAWAIAN PROFESIONAL BIDANG PENGURUSAN KEKAYAAN
Punca: Bernama.com, 25 Julai 2016
KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) – Asian Banking School (ABS) dan OCBC Bank (Malaysia) Berhad (OCBC Bank) berganding bahu untuk meningkatkan tahap
penguasaan pegawai bank dalam selokbelok bidang pengurusan kekayaan menerusi
program latihan 13modul yang bermula bulan depan (Ogos).

ABS dalam satu kenyataan pada hari Isnin berkata usaha sama yang belum pernah dilaksanakan ini melengkapkan para pengurus hubungan OCBC Bank dengan ilmu pengurusan terbaik demi manfaat pelanggan dan juga untuk diri mereka sendiri menerusi program mampan yang membina kerjaya dan mengukuhkan perspektif.

Program Pengurusan Kekayaan ABS-OCBC akan menyampaikan maklumat tentang trend, cabaran dan peluang dalam industri. Sebanyak 12 modul yang disusun rapi akan memberi tumpuan mengukuhkan ilmu pengurus perhubungan OCBC Bank dalam aspek khidmat nasihat pelanggan dan juga pelbagai instrumen pengurusan kekayaan yang wujud pada hari ini. 

Selain daripada meningkatkan kualiti latihan yang diterima oleh pengurus hubungan, Program Pengurusan Kekayaan ABSOCBC sekali gus menggandakan masa latihan OCBC Bank untuk pembangunan profesional pengurusan kekayaan. 

Pelajar pada sesi pertama akan menamatkan kursus pada Januari 2017.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif OCBC Bank Ong Eng Bin, OCBC Bank benar-benar memberi penekanan kepada proses pembelajaran untuk memastikan pengurus hubungannya dilengkapi dengan ilmu dalam trend dan amalan industri terkini, sambil berganding bahu dengan rakan usaha sama yang terbukti.

"Sebagai salah sebuah bank utama dalam bidang pengurusan kekayaan, kami tahu ramai orang termasuk pelanggan dan kakitangan yang sedia ada atau bakal pelanggan yang
mahukan kami menetapkan penanda aras bagi latihan dan pembangunan," katanya. Beliau berkata kerjasama dengan ABS penting kerana ia merupakan yang pertama sepertinya di Malaysia, yang menekankan usaha OCBC Bank untuk membentuk dan memanfaatkan kemahiran kakitangannya.

Katanya dengan cara ini, mereka akan terus menawarkan produk dan amalan pengurusan kekayaan dengan tahap kefahaman, keyakinan dan kejayaan yang lebih tinggi.

"Kami yakin bahawa cara paling baik untuk berbuat demikian ialah menerusi inisiatif usaha sama dengan pusat pengajian perbankan terkenal yang disokong oleh tenaga pembimbing yang dihormati dan berpengalaman."

"Dalam jangka lebih panjang, kami harap usaha perintis kami akan membuka jalan bagi perkembangan kerjaya holistik di kalangan kakitangan kami yang akhirnya akan meningkatkan tahap piawaian amalan pengurusan kekayaan di peringkat industri," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ABS, Profesor Colyn Gardner berkata Pusat Pengajian ini teruja dengan peluang untuk terlibat dalam pakatan pertama sepertinya dalam industri untuk melatih Pengurus Hubungan OCBC Bank.

"OCBC Bank tidak asing dalam industri pengurusan kekayaan dan apabila mereka tampil untuk membincangkan kerjasama dalam inisiatif latihan ini, kami sertamerta dapat melihat komitmen mereka untuk meningkatkan kemahiran kakitangan mereka dan potensi besar yang wujud bagi program komprehensif seperti ini demi mengukuhkan industri ini. OCBC Bank sudah pun mempunyai program sedia ada yang cukup mantap untuk memainkan peranan ini.

"Kami sebenarnya membina daripada asas program tersebut, menambah baik kandungan dan mengemaskinikan metodologi latihan untuk mendekatkan lagi OCBC Bank dengan amalan terbaik yang terkini dalam bidang pengurusan kekayaan global," katanya.

Mengenai program tersebut, Prof Gardner berkata pendekatan interaktif diguna pakai untuk berkongsi pengalaman dan ilmu praktikal, dengan memberi penekanan kepada kajian kes berasaskan topik dan amalan terbaik pasaran.

"Dengan menyusun rapi program yang dikaitkan dengan isu semasa, kami dapat menerangkan elemen penting portfolio pengurusan kekayaan yang amat relevan kepada para peserta," tambahnya.

ABS ialah penyedia program pensijilan dan kemahiran profesional yang terkemuka dalam industri. Dengan matlamat membangunkan bakat, ABS mengkhusus dalam pendidikan perbankan profesional dan bertindak sebagai saluran bagi kandungan intelektual dan kepimpinan pemikiran dalam sektor perbankan.
KETERANGAN GAMBAR
Ketua Pegawai Eksekutif OCBC Ong Eng Bin (dua dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Asian Banking School (ABS) Profesor Colyn Gardner (dua dari kanan) bersama Ketua Perkhidmatan
Kewangan Konsumer OCBC Lim Wyson (paling kiri) dan Pengarah Latihan ABS Agnes Chew (paling kanan) semasa pelancaran Program Pengurusan Kekayaan ABS-OCBC yang diadakan pada 25 Julai 2016.

Copyright © Asian Banking School (ABS). All rights reserved.

 CONNECT WITH US

Ooops!
Generic Popup