search

I WOULD LIKE TO

UM
UOB Malaysia Dan ABS Lancar Program Penarafan Eksekutif Untuk Pegawai Bank PKS
SHARE
UOB Malaysia Dan ABS Lancar Program Penarafan Eksekutif Untuk Pegawai Bank PKS
UOB MALAYSIA DAN ABS LANCAR PROGRAM PENARAFAN EKSEKUTIF UNTUK PEGAWAI BANK PKS
Punca: Bernama.com, 06 September 2016
KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) – United Overseas Bank (M) Bhd menjalin usaha sama dengan Asian Banking School (ABS) untuk melancarkan program penarafan eksekutif pertama dalam industri kewangan, program pensijilan yang dirancang khas untuk pegawai bank yang berurusan dengan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia.

UOB Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata selari dengan perkembangan PKS Malaysia ke pasaran baharu, mereka mungkin menghadapi cabaran seperti risiko perdagangan antarabangsa, memperoleh akses kepada pembiayaan bank atau untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran perniagaan yang luar daripada kelaziman mereka.

"Dengan mengambil kira kesukaran ini, Pensijilan Eksekutif Perbankan PKS UOB-ABS akan memberi kemahiran pakar dan pengetahuan yang diperlukan untuk bank-bank memenuhi keperluan kewangan perniagaan kecil," katanya.

Program tiga bulan ini menggabungkan latihan pengalaman berasaskan bilik darjah dalam bidang kredit dan pengurusan risiko, model perniagaan PKS dan pengurusan pelanggan.

Ini termasuk membangunkan kemahiran mantap dalam menangani isu, selain kerjasama yang akan membolehkan mereka untuk membantu pelanggan menempuh cabaran kewangan, sekali gus menjalin hubugan jangka panjang dengan pelanggan.

Setelah tamat menjalani program ini, pegawai perbankan perniagaan UOB Malaysia akan mempunyai pemahaman yang lebih mendalam tentang ciri-ciri PKS, trend perniagaan serta cabaran yang dihadapi oleh syarikat di Malaysia.

"Menerusi integrasi ekonomi serantau yang lebih besar dan lebih banyak produk asing memasuki pasaran Malaysia, terdapat keperluan yang semakin meningkat untuk syarikat Malaysia melaksanakan usaha pengembangan serantau untuk meneroka peluang-peluang pasaran baharu," kata UOB Malaysia.

Ketua Perniagaan Perbankannya, Raymond Chui, berkata banyak PKS mencari peluang rentas sempadan dan UOB Malaysia sudah bersedia untuk membantu pelanggan meluaskan capaian mereka dan merealisasikan pertumbuhan yang dikehendaki.

"Kami menjangkakan lebih ramai pelanggan PKS kami akan merebut peluang di luar negara dan meningkatkan jumlah eksport dan import mereka.

"PKS memerlukan pegawai bank yang mempunyai kemahiran pakar dan yang memahami keperluan untuk menjalankan perniagaan merentasi sempadan, sama ada untuk mengurus risiko tukaran mata wang asing atau memacu landskap kawal selia dalam pasaran berbeza," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ABS Prof Colyn Gardner berkata ABS berbesar hati dapat bekerjasama dengan UOB Malaysia bagi memperkenalkan program perintis ini kepada pegawai bank PKS.

"Sijil Eksekutif Perbankan UOB-ABS PKS dirancang untuk menyediakan pendekatan menyeluruh kepada pembelajaran.

"Ia akan dikendalikan oleh pasukan perunding latihan pakar dalaman kami yang masing-masing mempunyai pengalaman lebih 30 tahun di beberapa bank antarabangsa terbesar di dunia.

"Latihan ini akan membolehkan peserta menimba ilmu pengetahuan melalui pendedahan kepada kajian kes semasa dan perbincangan panel dengan usahawan berjaya.

Beliau berkata UOB Malaysia menetapkan taraf dalam industri menerusi pelancaran program ini.

Bank itu menjangkakan 100 pegawai bank PKS akan mengikuti latihan itu sehingga akhir 2017.

Copyright © Asian Banking School (ABS). All rights reserved.

 CONNECT WITH US

Ooops!
Generic Popup