Asian Banking School Logo

PENGENALAN

Kertas cadangan dan laporan ialah dokumen penting dalam sesuatu program. Kertas cadangan disediakan sebelum sesuatu program dilaksanakan, manakala laporan disediakan semasa atau selepas program dilaksanakan.
Dalam kursus ini, peserta akan mempelajari aspek tatabahasa, laras bahasa, format penulisan dan kaedah pengolahan isi kertas cadangan dan laporan. Kursus ini dilaksanakan selama dua hari.
Objektif & Hasil Kursus
Objektif
  • Meningkatkan kemahiran dan keterampilan penulisan dalam bahasa Melayu khususnya dalam penulisan kertas cadangan dan laporan
  • Memberikan maklumat tentang kesalahan bahasa yang lazim dilakukan oleh pengguna bahasa Melayu dalam penulisan kertas cadangan dan laporan
  • Memahami gaya penulisan kertas cadangan dan laporan yang baik dan berkesan

Hasil Kursus
Pada akhir kursus, peserta akan dapat:

  • Meningkatkan kemahiran dan keterampilan menulis kertas cadangan dan laporan
  • Menulis dengan yakin pelbagai jenis surat dengan menggunakan bahasa yang baik dan betul
  • Mengetahui kaedah penyususnan idea yang baik dan penghujahan yang mantap
  • Menulis kertas cadangan dan laporan yang meyakinkan dan berkesan
Kandungan & Kaedah Pengajaran
Kandungan
Pengenalan Dasar Bahasa Kebangsaan
Asas Tatabahasa dan Sistem Ejaan
Laras Bahasa
Penulisan Kertas Cadangan dan Laporan

  • Pengenalan
  • Format Penulisan
  • Pengumpulan Maklumat
  • Pengolahan Isi

Latihan dan Pembentangan

Kaedah Pengajaran
  • Ceramah
  • Tayangan slaid/Media
  • Soal jawab
  • Latihan/Amali
KUMPULAN SASARAN
Warga sektor perbankan dan kewangan, syarikat insurans dan pengendali takaful yang ingin meningkatkan kemahiran berbahasa dan mutu penggunaan bahasa kebangsaan dalam urusan rasmi sektor perkhidmatan kewangan.
PENCERAMAH
Abd. Karim A. Bakar
Bekas Ketua Bahagian Penguatkuasaan Bahasa Melayu, DBP
Found a programme that you think would be suitable for your organisation?
Many of our courses can be customised and delivered in-house. We also provide consultancy services to create tailor-made training programmes that are specifically aligned with your organisation’s strategic learning requirements. Contact us today to learn more about how we can support your team’s development by completing the In-House Request Form here or Emailing Us here.
SHARE
Other programmes
Invest in a lifelong learning journey
As the industry’s preferred partner in learning and development, ABS offers customised and open enrolment training programmes that cover a comprehensive list of banking areas.
Abd. Karim A. Bakar
Bekas Ketua Bahagian Penguatkuasaan Bahasa Melayu, DBP
Encik Abd. Karim A. Bakar berkhidmat selama 37 tahun di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan bersara pada Oktober 2014 sebagai Ketua Bahagian Penguatkuasaan Bahasa Melayu. Beliau telah menerima pingat Ahli Mangku Negara (A.M.N.) daripada DYMM Yang di-Pertuan Agong pada tahun 2010. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam bidang Sejarah dan Kesusasteraan dari Universiti Sains Malaysia. Beliau turut mengikuti latihan profesional dalam bidang penerbitan di Oxford, London (1998) dan Perth, Australia (1999).

Penerbitan & Penyuntingan
  • Editor dan penyunting bagi 48 manuskrip asal dalam bidang Sejarah dan buku teks sekolah menengah dan IPT selama 25 tahun.
  • Penilai buku teks KBSM (9 judul), merangkumi Sejarah, Pendidikan Moral, dan Kejuruteraan Awam.
  • Memenangi Anugerah Editor Buku Terbaik (Kategori Buku Dewasa) DBP pada tahun 2011.
  • Menulis 44 entri Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu (ESKM) dan menilai 20 entri lain dalam bidang sejarah.
  • Menyunting Laporan Tahunan DBP, KETENGAH, serta buletin rasmi Jabatan Muzium Malaysia dan DBP dari tahun 2010–2014.
  • Dilantik sebagai penyunting luar oleh pelbagai agensi termasuk SUHAKAM, DBP, Perbadanan Muzium Negeri Melaka, dan UIAM (sebanyak 35 manuskrip diterbitkan).

Penulisan Ucapan Rasmi
  • Penulis teks ucapan rasmi bagi YAB Timbalan Perdana Menteri dan beberapa Menteri Besar sempena Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) antara 2011–2014.
  • Menulis 27 teks ucapan rasmi untuk pelbagai pelancaran dan perasmian kebangsaan.

Penceramah & Penataran Bahasa
  • Berpengalaman memberikan lebih daripada 130 ceramah dan latihan sejak tahun 1995, khusus dalam:
    • Penataran Bahasa Melayu
    • Penulisan Dokumen Rasmi Kerajaan
    • Kesantunan Berbahasa
  • Antara agensi yang pernah dilatih termasuk: Kementerian KDN, KKR, KPDNHEP, KSM, MARA, KWSP, INTAN, DBKL, PDRM, UTM, UiTM, USIM, JAKIM, dan banyak lagi.

Sumbangan Akademik & Profesional
  • Pembentang kertas kerja dalam Persidangan MAPIM (1998) di USM bertajuk Kesalahan Bahasa Melayu dalam Penulisan Ilmiah.
  • Hakim pertandingan pidato dan debat anjuran LKIM, Tabung Haji, dan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (2011).
  • Menyunting Buku Teks Sejarah Tahun 4 dan Tingkatan 5 (DBP & KPM, 2020) serta sebuah tesis Ph.D.

Pengiktirafan Tambahan
  • Sijil Kelayakan Penceramah (HRD Corp) oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad sejak 21 Januari 2015.
Asian Banking School Logo
The Asian Banking School (ABS) is dedicated to developing talent and is the largest specialised provider of quality banking training programmes in the ASEAN region.
Copyright © Asian Banking School (ABS) (201201039737 (1024215-T)). All rights reserved.
There are currently no upcoming programme slots.
Please email us here or call us at +603 2701 7822 if you want to check on future slots.


 | 
Asian Banking School
Kursus Penulisan Profesional Dokumen Rasmi (Kertas Cadangan dan Laporan)
Time Slot
PAX No
Programme Fees


Note ON CURRENCY CONVERSION in IPAY88 Payment Gateway
Please take note that this amount will be reflected in Malaysian Ringgit (MYR) in the iPay88 Payment Gateway based on the daily foreign currency exchange rate.
Note for offline payment Method
Kindly download the Payment Form here for our banking details and if making company sponsored payments. You are required to upload this form to complete the registration process.
Programme added to cart successfully.

Please proceed to your cart to enter participant details and complete payment.

Text
Note for offline payment Method
Kindly download the Payment Form here for our banking details and if making company sponsored payments. You are required to upload this form to complete the registration process.
Failed to add programme to cart.

Please refresh the page and try again.

Ooops!
Generic Popup2