Asian Banking School Logo

PENGENALAN

Kursus ini direka untuk membantu peserta menguasai kemahiran komunikasi lisan dalam Bahasa Melayu dengan lebih berkesan, jelas dan profesional.
Penekanan diberikan kepada aspek tatabahasa, struktur ayat, kesantunan bahasa serta kemahiran penyampaian dalam pelbagai situasi komunikasi.

Peserta akan didedahkan kepada teknik komunikasi yang betul melalui aktiviti interaktif, latihan praktikal dan simulasi situasi sebenar di tempat kerja.
Objektif & Hasil Kursus
Objektif
  • Menyampaikan maklumat secara lisan dengan jelas menggunakan tatabahasa dan struktur ayat Bahasa Melayu yang betul dan tepat;
  • Mempengaruhi dan meyakinkan pendengar melalui nada suara dan bahasa tubuh yang berkesan; dan
  • Mempraktikkan komunikasi lisan dengan yakin dan berkesan

Hasil Kursus
Pada akhir kursus, peserta akan dapat:

  • Menyampaikan maklumat secara lisan dengan jelas, tepat dan menggunakan tatabahasa yang betul
  • Menggunakan bahasa yang sopan dan sesuai mengikut konteks Komunikasi
  • Mempengaruhi dan meyakinkan pendengar melalui penyampaian yang berkesan
  • Menggunakan nada suara, intonasi dan bahasa tubuh yang sesuai dalam Komunikasi
  • Berkomunikasi dengan lebih yakin dalam pelbagai situasi profesional
Kandungan & Kaedah Pengajaran
Kandungan
  • Asas Komunikasi Lisan
    • Konsep komunikasi lisan
    • Matlamat komunikasi yang berkesan
    • Komunikasi khalayak (public speaking & presentation)
    • Teknik membina keyakinan diri dalam berkomunikasi
    • Induksi set (ice breaking) untuk membina interaksi peserta
  • Kesalahan Tatabahasa dalam Komunikasi Lisan
    • Pengenalan morfologi dan sintaksis
    • Kesalahan lazim dalam komunikasi lisan
    • Pengaruh bahasa rojak dalam komunikasi
    • Teknik pembetulan struktur ayat secara spontan
  • Kesantunan Bahasa dalam Komunikasi
    • Penggunaan kata sapaan yang betul
    • Etika komunikasi dalam situasi formal dan tidak formal
    • Penggunaan bahasa yang sopan dan profesional
    • Penyesuaian bahasa mengikut audiens
  • Komunikasi Interpersonal
    • Gaya bahasa dalam komunikasi
    • Bahasa tubuh (body language)
    • Teknik membina hubungan melalui komunikasi
    • Komunikasi dalam pelbagai situasi (mesyuarat, perbincangan, pembentangan)
  • Aktiviti Praktikal & Perbengkelan
    • Role-play situasi komunikasi sebenar
    • Latihan pengucapan awam
    • Pembentangan individu dan kumpulan
    • Maklum balas & penambahbaikan segera

Kaedah Pengajaran
  • Pembelajaran interaktif
  • Latihan berkumpulan
  • Simulasi situasi kerja sebenar
  • Pembentangan dan coaching individu
KUMPULAN SASARAN
Warga sektor perbankan dan kewangan, syarikat insurans dan pengendali takaful yang ingin meningkatkan kemahiran berbahasa dan mutu penggunaan bahasa kebangsaan dalam urusan rasmi sektor perkhidmatan kewangan.
PENCERAMAH
Norliza binti Abu Bakar
Munsyi Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka
Found a programme that you think would be suitable for your organisation?
Many of our courses can be customised and delivered in-house. We also provide consultancy services to create tailor-made training programmes that are specifically aligned with your organisation’s strategic learning requirements. Contact us today to learn more about how we can support your team’s development by completing the In-House Request Form here or Emailing Us here.
SHARE
Other programmes
Invest in a lifelong learning journey
As the industry’s preferred partner in learning and development, ABS offers customised and open enrolment training programmes that cover a comprehensive list of banking areas.
Norliza binti Abu Bakar
Munsyi Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka
Puan Norliza merupakan seorang profesional yang sangat berpengalaman dalam bidang pendidikan; berlatar belakangkan akademik yang kukuh dan pencapaian kerjaya yang luas. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Pendidikan Bahasa Melayu dari UKM dan Ijazah Sarjana Muda Pengajaran Bahasa Melayu dari UPM. Beliau ialah mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Pensyarah di Institut Pendidikan Guru Malaysia, berperanan sebagai Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah dan diiktiraf sebagi Guru Cemerlang.

Pelantikan beliau sebagai Munsyi Dewan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sejak tahun 2014 dan Jurulatih Bertauliah oleh Kementerian Sumber Manusia memperkukuh kepakaran dan sumbangan beliau dalam bidang kebahasaan. Kepakaran beliau dimanfaatkan oleh sektor kerajaan dan swasta serta institut pengajian tinggi di seluruh negara melalui kursus-kursus peningkatan bahasa dalam penulisan pelbagai dokumen rasmi. Selain itu, beliau juga dilantik sebagai Editor Luar dan Panel Peningkatan Mutu Bahasa untuk pelbagai teks terbitan DBP serta telah menghasilkan penulisan yang berkaitan dengan bahasa dan pengajaran bahasa.
Asian Banking School Logo
The Asian Banking School (ABS) is dedicated to developing talent and is the largest specialised provider of quality banking training programmes in the ASEAN region.
Copyright © Asian Banking School (ABS) (201201039737 (1024215-T)). All rights reserved.
There are currently no upcoming programme slots.
Please email us here or call us at +603 2701 7822 if you want to check on future slots.


 | 
Asian Banking School
Kursus Penulisan Profesional Komunikasi Lisan
Time Slot
PAX No
Programme Fees


Note ON CURRENCY CONVERSION in IPAY88 Payment Gateway
Please take note that this amount will be reflected in Malaysian Ringgit (MYR) in the iPay88 Payment Gateway based on the daily foreign currency exchange rate.
Note for offline payment Method
Kindly download the Payment Form here for our banking details and if making company sponsored payments. You are required to upload this form to complete the registration process.
Programme added to cart successfully.

Please proceed to your cart to enter participant details and complete payment.

Text
Note for offline payment Method
Kindly download the Payment Form here for our banking details and if making company sponsored payments. You are required to upload this form to complete the registration process.
Failed to add programme to cart.

Please refresh the page and try again.

Ooops!
Generic Popup2