Asian Banking School Logo

Notis PDPA
Notis Perlindungan Data Peribadi ("Notis") ini menerangkan bagaimana Asian Banking School ("ABS") menggunakan Data Peribadi anda.
Pengumpulan Data Peribadi
"Data Peribadi" bermaksud maklumat mengenai anda yang diproses oleh ABS, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, umur, jantina, kewarganegaraan, nombor kad pengenalan/nombor pasport, butiran hubungan anda, imej atau gambar anda, kelayakan akademik dan profesional anda, maklumat majikan anda, dan semua maklumat lain yang boleh mengenal pasti anda yang telah atau mungkin dikumpul, disimpan, digunakan dan diproses oleh ABS dari semasa ke semasa dan termasuk data peribadi sensitif (seperti yang dikenal pasti di bawah).
Selain daripada Data Peribadi yang diberikan oleh syarikat anda, ABS juga mungkin mengumpul Data Peribadi anda daripada pelbagai sumber seperti:-
  • secara langsung daripada anda apabila anda dilantik oleh ABS untuk menyediakan perkhidmatan latihan;
  • apabila anda mendaftar untuk acara pemasaran, forum, persidangan, seminar, bengkel, kursus latihan dan/atau kursus pensijilan dengan ABS sama ada melalui ABS secara langsung atau melalui majikan anda;
  • apabila anda mengakses atau menggunakan laman web ABS ("Laman Web");
  • apabila anda memberikan Data Peribadi anda melalui pengisian borang dan dokumen tertentu seperti borang pendaftaran, borang maklum balas, borang aduan dan sebagainya;
  • apabila anda berkomunikasi atau berinteraksi dengan ABS melalui platform media sosial atau laman rangkaian sosial; dan
  • daripada rujukan pihak ketiga dan agensi-agensi.
Data Peribadi anda juga mungkin dikumpul dan diproses oleh ABS dalam bentuk gambar atau rakaman video, untuk tujuan penerbitan, siar web , pemantauan premis atau untuk rekod ABS, sebagaimana yang dianggap relevan.
Pemberian Data Peribadi anda adalah wajib. Jika anda tidak memberikan Data Peribadi anda kepada ABS, ABS tidak akan dapat menyediakan produk atau perkhidmatan kepada anda atau melantik anda untuk menyediakan perkhidmatan atau produk kepada atau bagi pihak ABS.
Tujuan Pemprosesan
ABS mungkin menggunakan dan memproses Data Peribadi anda untuk tujuan yang berkaitan kepada perniagaan dan aktiviti ABS yang termasuk ("Tujuan"):-
  • untuk melantik anda untuk menyediakan perkhidmatan dan/atau produk kepada ABS atau bagi pihak ABS;
  • untuk memproses pendaftaran anda untuk acara pemasaran, forum, persidangan, seminar, bengkel, kursus latihan dan/atau kursus pensijilan;
  • untuk menyampaikan maklumat pendaftaran anda kepada rakan kongsi ABS dan badan pensijilan yang berkaitan seperti Asian Institute of Chartered Bankers (AICB) dan Financial Markets Association of Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Persatuan Pasaran Kewangan Malaysia - PPKM) untuk tujuan pensijilan;
  • untuk membantu ABS membangunkan perniagaan, aktiviti, produk dan perkhidmatannya;
  • untuk menjemput anda ke acara dan majlis yang dianjurkan oleh ABS;
  • untuk berkomunikasi dengan anda bagi mana-mana tujuan yang dinyatakan dalam Notis ini;
  • untuk tujuan pentadbiran dalaman seperti audit, perakaunan, analisis data, dan untuk mempertingkatkan perkhidmatan ABS;
  • untuk memproses sebarang aduan atau maklum balas yang anda berikan;
  • untuk tujuan pengesanan, pencegahan dan pendakwaan jenayah;
  • untuk membolehkan ABS mematuhi kewajipannya di bawah undang-undang;
dan anda bersetuju dan memberi persetujuan anda kepada ABS untuk menggunakan dan memproses Data Peribadi anda bagi Tujuan dan dalam cara seperti yang dinyatakan dalam Notis ini.
ABS juga mungkin menggunakan dan memproses data anda untuk tujuan lain ("Tujuan Tambahan") seperti: -

  • untuk mengambil gambar atau foto anda di acara/fungsi/sesi latihan yang dianjurkan oleh ABS bagi tujuan bukan komersial termasuk surat berita, laporan tahunan, Laman Web, serta platform media sosial atau laman rangkaian sosial ABS; dan
  • untuk menyediakan, memasarkan dan/atau mempromosikan kepada anda produk dan perkhidmatan yang ditawarkan atau mungkin ditawarkan oleh ABS dan/atau rakan kongsinya.

ABS mungkin menghubungi anda untuk Tujuan dan Tujuan Tambahan melalui panggilan telefon, e-mel, khidmat pesanan ringkas, pos, faksimili, media sosial atau apa-apa bentuk komunikasi lain yang tersedia.
Pendedahan kepada Pihak Ketiga, dan Pemindahan Data Peribadi ke Luar Malaysia
Data Peribadi anda mungkin dipindahkan, disimpan, digunakan dan diproses di bidang kuasa selain daripada Malaysia bagi Tujuan dan/atau kerana pelayan ABS terletak di luar Malaysia. Anda memahami dan memberikan persetujuan anda terhadap pemindahan Data Peribadi anda ke luar Malaysia sebagaimana yang dinyatakan di sini.
Untuk Tujuan dan Tujuan Tambahan, ABS mungkin berkongsi dan memindahkan Data Peribadi anda kepada pihak-pihak berikut (yang mungkin terletak di luar Malaysia dan/atau memproses Data Peribadi anda di luar Malaysia):
  • ahli, pelajar dan pelanggan ABS bagi tujuan mempromosikan perkhidmatan dan produk yang anda sediakan atau bekalkan;
  • penyedia perkhidmatan pihak ketiga ABS bagi tujuan melaksanakan perkhidmatan mereka;
  • rakan kongsi ABS, seperti badan pensijilan lain;
  • penasihat profesional dan juruaudit luar ABS;
  • jawatankuasa, tribunal dan kakitangan/staf ABS;
  • mana-mana ejen yang bertindak bagi pihak ABS;
  • pihak berkuasa berkanun dan pengawal selia untuk mematuhi keperluan undang-undang dan Kerajaan.
Penggunaan Kuki
ABS mungkin menggunakan kuki, iaitu fail teks kecil yang diletakkan oleh Laman Web pada komputer atau peranti mudah alih anda apabila anda melayari Laman Web. Sebagai contoh, ABS mungkin mengumpul alamat IP anda, perisian pelayar web (seperti Firefox, Internet Explorer, Safari atau Chrome) dan menyimpan maklumat tersebut dalam kuki yang disulitkan secara unik. Kuki ini akan membantu Laman Web atau laman web rujukan yang lain, untuk mengesahkan akses pengguna semasa dan mengenal pasti peranti anda apabila anda melawat Laman Web pada lain kali. Ini akan membolehkan ABS mendapatkan semula akaun dan keutamaan anda, butiran log masuk/permohonan, menganalisis prestasi Laman Web, atau membolehkan ABS mencadankan kandungan yang ABS difikirkan paling relevan kepada anda.
Kebanyakan pelayar web membolehkan anda memilih untuk tidak menerima fail kuki dengan membolehkan pelayar web anda untuk menolak kuki atau memberi amaran sebelum menerima kuki. Sila ambil perhatian bahawa, dengan menolak kuki, anda mungkin tidak dapat mengakses banyak perkhidmatan dan alat yang ditawarkan di Laman Web.
Pautan ke Laman Web Pihak Ketiga
Laman Web mungkin mengandungi pautan ke laman web pihak ketiga. Sila ambil perhatian bahawa ABS tidak bertanggungjawab terhadap pengumpulan, penggunaan, penyelenggaraan, perkongsian, atau pendedahan data dan maklumat oleh pihak ketiga tersebut. Jika anda memberikan maklumat secara langsung ke laman-laman tersebut, dasar privasi dan terma perkhidmatan laman tersebut akan diguna pakai dan ABS tidak bertanggungjawab terhadap amalan pemprosesan maklumat atau dasar privasi laman-laman tersebut.
Keselamatan Data Peribadi
ABS akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk melindungi data peribadi yang kami kumpulkan daripada penyalahgunaan, kehilangan, pendedahan atau akses tanpa kebenaran serta daripada pengubahsuaian dan pemusnahan tanpa kebenaran. Langkah-langkah munasabah juga akan diambil untuk memastikan bahawa pemproses data pihak ketiga yang kami lantik akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk melindungi data peribadi dan mematuhi undang-undang perlindungan data yang berkenaan.
Walaupun kami mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk melindungi data peribadi anda, kami tidak dapat menjamin bahawa data peribadi tersebut tidak akan terdedah kepada gangguan, penyalahgunaan atau penggodaman oleh pihak ketiga, dan kami tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan atas sebarang kehilangan, penyalahgunaan atau pengubahsuaian yang timbul akibat kejadian tersebut.
Tempoh Penyimpanan Data Peribadi
Kami memproses Data Peribadi anda hanya selama mana yang diperlukan untuk memenuhi Tujuan dan Tujuan Tambahan yang dinyatakan di atas, dan selepas itu selama mana yang dikehendaki di bawah tempoh had berkanun yang berkaitan, undang-undang dan peraturan yang berkenaan, serta dasar dalaman kami. Sekiranya Data Peribadi tidak lagi diperlukan untuk Tujuan dan Tujuan Tambahan atau keperluan undang-undang yang berkaitan, kami akan memadamkan Data Peribadi tersebut.
Permintaan Akses & Pembetulan, dan Pertanyaan
Tertakluk kepada sebarang pengecualian di bawah undang-undang, anda boleh memohon untuk mengakses atau membuat pembetulan terhadap Data Peribadi anda yang disimpan oleh ABS, mengemukakan pertanyaan dan aduan mengenai pemprosesan Data Peribadi anda, mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda untuk Tujuan Tambahan dan/atau untuk menarik balik persetujuan untuk Tujuan Tambahan dengan menghubungi:-
En. John Cheah Soon Chye
Jawatan: Pegawai Perlindungan Data
Telefon: +6 03 2701 7822
Emel: enquiries@asianbankingschool.com
Alamat: Level 3, Bangunan AICB, No. 10, Jalan Dato’ Onn, 50480 Kuala Lumpur
Berkenaan dengan hak anda untuk mengakses dan/atau membetulkan Data Peribadi anda, ABS berhak untuk menolak permintaan anda untuk mengakses dan/atau membuat sebarang pembetulan terhadap Data Peribadi anda atas alasan-alasan yang dibenarkan di bawah undang-undang, seperti apabila kos untuk memberikan akses kepada anda adalah tidak sepadan dengan risiko terhadap privasi anda. ABS juga berhak untuk mengenakan bayaran bagi akses kepada Data Peribadi anda dalam jumlah yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Dalam sesetengah keadaan anda mungkin telah memberikan data peribadi yang berkaitan dengan individu lain (seperti suami atau isteri, ahli keluarga atau rakan-rakan) dan dalam keadaan sedemikian anda mengakui dan menjamin bahawa anda diberi kuasa untuk memberikan data peribadi mereka kepada ABS dan anda telah mendapatkan persetujuan mereka untuk data peribadi mereka diproses dan digunakan mengikut cara seperti yang dinyatakan dalam Notis ini.
Pengakuan dan Persetujuan
ABS berhak untuk mengubah suai, mengemas kini atau meminda terma-terma Notis ini pada bila-bila masa dengan memberitahu anda atau dengan memaparkan Notis yang telah dikemas kini di Laman Web. Dengan terus berkomunikasi dengan ABS, atau melalui hubungan berterusan anda dengan ABS selepas sebarang pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan Notis ini, tindakan tersebut akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan tersebut.
Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi bahasa lain, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.
Asian Banking School Logo
The Asian Banking School (ABS) is dedicated to developing talent and is the largest specialised provider of quality banking training programmes in the ASEAN region.
Copyright © Asian Banking School (ABS) (201201039737 (1024215-T)). All rights reserved.
There are currently no upcoming programme slots.
Please email us here or call us at +603 2701 7822 if you want to check on future slots.


 | 
Asian Banking School
Notis PDPA
Time Slot
PAX No
Programme Fees


Note ON CURRENCY CONVERSION in IPAY88 Payment Gateway
Please take note that this amount will be reflected in Malaysian Ringgit (MYR) in the iPay88 Payment Gateway based on the daily foreign currency exchange rate.
Note for offline payment Method
Kindly download the Payment Form here for our banking details and if making company sponsored payments. You are required to upload this form to complete the registration process.
Programme added to cart successfully.

Please proceed to your cart to enter participant details and complete payment.

Note for offline payment Method
Kindly download the Payment Form here for our banking details and if making company sponsored payments. You are required to upload this form to complete the registration process.
Failed to add programme to cart.

Please refresh the page and try again.

Ooops!
Generic Popup2