Encik Abd. Karim A. Bakar berkhidmat selama 37 tahun di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan bersara pada bulan Oktober 2014 sebagai Ketua Bahagian Penguatkuasaan Bahasa Melayu. Beliau menerima pingat Ahli Mangku Negara (A.M.N.) daripada DYMM Yang di-Pertuan Agong pada tahun 2010. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam bidang Sejarah dan Kesusasteraan dari Universiti Sains Malaysia, beliau turut mengikuti latihan profesional dalam bidang penerbitan di Oxford, London (1998) dan Perth, Australia (1999).
Penerbitan & Penyuntingan- Editor dan penyunting 48 manuskrip asal dalam bidang Sejarah dan buku teks sekolah menengah dan IPT selama 25 tahun
- Penilai buku teks KBSM (9 judul), merangkumi Sejarah, Pendidikan Moral dan Kejuruteraan Awam
- Memenangi Anugerah Editor Buku Terbaik (Kategori Buku Dewasa) DBP pada tahun 2011
- Menulis 44 entri Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu (ESKM) dan menilai 20 entri lain dalam bidang sejarah
- Menyunting Laporan Tahunan DBP, KETENGAH, serta buletin rasmi Jabatan Muzium Malaysia dan DBP dari tahun 2010–2014
- Dilantik sebagai penyunting luar oleh pelbagai agensi termasuk SUHAKAM, DBP, Perbadanan Muzium Negeri Melaka, dan UIAM (sebanyak 35 manuskrip diterbitkan)
Penulisan Ucapan Rasmi- Penulis teks ucapan rasmi bagi YAB Timbalan Perdana Menteri dan beberapa Menteri Besar sempena Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) antara 2011–2014
- Menulis 27 teks ucapan rasmi untuk pelbagai pelancaran dan perasmian kebangsaan
Penceramah & Penataran Bahasa- Berpengalaman memberikan lebih 130 ceramah dan latihan sejak tahun 1995, khususnya dalam:
- Penataran Bahasa Melayu
- Penulisan Dokumen Rasmi Kerajaan
- Kesantunan Berbahasa
- Antara organisasi yang pernah dilatih termasuk KDN, KKR, KPDNHEP, KSM, MARA, KWSP, INTAN, DBKL, PDRM, UTM, UiTM, USIM, JAKIM dan banyak lagi
Sumbangan Akademik & Profesional- Pembentang kertas kerja dalam Persidangan MAPIM (1998) di USM bertajuk Kesalahan Bahasa Melayu dalam Penulisan Ilmiah
- Hakim pertandingan pidato dan debat anjuran LKIM, Tabung Haji dan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (2011)
- Menyunting Buku Teks Sejarah Tahun 4 dan Tingkatan 5 (DBP & KPM, 2020) serta sebuah tesis PhD
Pengiktirafan Tambahan- Sijil Kelayakan Penceramah (HRD Corp) oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad sejak 21 Januari 2015